Pasukan kami telah menjalankan pemeriksaan di sebuah kediaman yang menghadapi masalah atap bocor pada bahagian sambungan antara dinding dan bumbung.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa isu yang berpotensi menyebabkan air hujan meresap, antaranya kaedah pemasangan asal yang tidak sesuai, seal lama yang sudah rosak, serta penggunaan foam di kawasan yang sepatutnya dibiarkan terbuka untuk aliran air.
Berdasarkan penemuan ini, kami telah mencadangkan kerja pembuangan bahan lama, pemasangan dry fit lining baharu di bawah wall flashing, serta penyegelan semula menggunakan bahan berkualiti tinggi bagi memastikan kawasan tersebut kembali kedap air.
Kerja pembaikan akan dilaksanakan selepas semua persiapan teknikal dan keadaan cuaca sesuai. Kami akan berkongsi hasil akhir selepas projek ini siap sepenuhnya.
