Sebelum ini, bahagian perabung didapati tidak mempunyai lining di bawahnya, menyebabkan air hujan masih boleh masuk melalui celah bawah perabung dan berisiko mengakibatkan kebocoran.
Skop kerja yang telah dijalankan:
- Membuka dan memecahkan simen lama di bawah perabung
- Membuang sepenuhnya simen perabung yang tidak efektif
- Memasang lining khas di bawah perabung sebagai lapisan kalis air tambahan
- Memasang semula perabung dengan kemas dan lebih sistematik
Kaedah lama menggunakan tampalan simen semata-mata kurang berkesan untuk jangka panjang kerana air boleh meresap melalui rekahan dari masa ke masa. Dengan pemasangan lining, laluan air dapat ditutup dengan lebih efektif dan risiko kebocoran dapat dikurangkan.
Alhamdulillah, kerja telah siap dengan kemas dan lebih tahan lama insyaAllah.
