Bayangkan kita tengah semangat nak mula projek rumah idaman. Dah ada pelan, bajet pun dah kira, tapi tiba-tiba kontraktor lari atau kerja tak ikut spesifikasi. Frust, kan?
Sebab tu penting sangat untuk pastikan kontraktor yang kita pilih berdaftar dengan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia).
Apa Itu CIDB
CIDB ni macam penjaga standard dalam dunia pembinaan Malaysia. Mereka bukan saja pastikan kontraktor ikut undang-undang, tapi juga bantu latih dan naik taraf kemahiran kontraktor supaya kerja lebih berkualiti, selamat dan ikut garis panduan yang betul.
Kenapa Pentingnya Kontraktor Berdaftar dengan CIDB
- Jaminan kualiti dan kepakaran
Kontraktor berdaftar biasanya sudah melalui tapisan dan kelulusan. Mereka lebih faham keperluan teknikal dan keselamatan. - Projek diinsuranskan
Banyak projek memerlukan kontraktor ada lesen CIDB untuk perlindungan insurans. Jika berlaku sebarang masalah, pelanggan tidak tanggung sendiri. - Layak untuk tender dan projek kerajaan
Hanya kontraktor berdaftar boleh masuk tender atau projek GLC dan kerajaan. Lebih banyak peluang, lebih kukuh bisnes. - Elak penipuan dan kerja tidak siap
Bila kontraktor sah dan berdaftar, pelanggan lebih yakin. Tak ada kes kontraktor hilang selepas ambil deposit.
Kami Kontraktor Berdaftar dengan CIDB
Kami juga merupakan kontraktor berdaftar dengan CIDB dan amat menitikberatkan kualiti kerja, keselamatan serta kepuasan pelanggan. Setiap projek yang kami jalankan membawa nama baik syarikat, sebab itu kami serius dalam memberikan hasil terbaik.
Jika anda sedang mencari kontraktor yang sah, berpengalaman dan boleh dipercayai, kami sedia membantu dari awal hingga akhir.
Maklumat lanjut pasal CIDB, boleh tengok sini:
https://www.cidb.gov.my/
